BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 25, 2011

Cara Nabi jaga kesihatan diri
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. 

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. 

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh 
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. 

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 

Aktif menjaga kebersihan 
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. 

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) 

Tidak pernah makan berlebihan 
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) 

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. 

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. 

Gemar berjalan kaki 
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. 

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi. 

Tidak pemarah 
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. 

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. 

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah 
di hati. 

Optimis dan tidak putus asa 
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t. 

Tidak pernah iri hati 
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.” 

Pemaaf 
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. 

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. 

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Sumber 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CaraNabijagakesihatandiri/Article/index_html

Monday, May 16, 2011

Gua Bewah, Kenyir

Negeri Comel, Tanah Subur
Terengganu Darul Iman




Gua Bewah terletak di salah satu gugusan pulau-pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.Gua ini sudah lama diterokai untuk kajian arkeologi dan masih berterusan sehingga sekarang.Dahulunya gua ini menjadi salah satu tempat ‘kilang tahi kelawar’ di mana masih lagi dapat kita lihat jika masuk ke dalam gua ini binaan yang di buat bagi mengeluarkan najis kelawar dari gua yang mana kebiasaanya di gunakan sebagai baja.


http://www.visit-terengganu.net/gua-bewah-tasik-kenyir/


 Pemandangan menarik sepanjang perjalanan ke Gua Bewah
 Keunikan ciptaan tuhan
 Pemandangan di Jeti Gua Bewah
 Pemandangan lelangit Gua Bewah
 Keunikan Gua ini ialah terletak di ditengah Tasik Kenyir
 Pintu masuk sebelum pengunjung mendaki ke dalam gua
 Tumbuhan yang segar iaitu cili padi banyak terdapat di sekitar gua ini
 Pemandangan menarik dari dalam gua 
 'Speed Boat' yang dinaiki oleh orang keutamaan VIP seperti MB

Bersama 'Engineer Solar'  
Teruja dengan keindahan alam semulajadi 
 Bersama LA..En Luqman

Pengalaman yang menarik sepanjang melawat ke Gua Bewah, Tasik Kenyir
Perjalanan yang hanya memakan masa setenggah jam ( Speed Boat VIP ) berbanding dengan boat biasa memakan masa 2 jam..

Kenangan terakhir sebelum menghabiskan latihan praktikal di CKA Landscape...

"jumpe mung dinung"
nang nang ganu kite



Sunday, May 1, 2011

joeFZR kembali...

alhamdulillah....

Bersyukurku ke hadrat illahi...setelah 18 minggu ak menempuhi alam yang boleh dianggap alam pekerjaan yakni latihan praktikal ak di sebuah 'firm' landskap....kalu diambil kira ia merupakan tempoh yang tidaklah begitu lama...sepanjang ak menempuhi LI ini banyak yang ak pelajari...keadaan sebenar 'life' seorang "Landscape Architect:....

Kalu dahulu ak pernah praktikal dekat syarikat SATU sdn bhd...dulu 'life' ak seorang "technician"...tak rugi sebenarnya ak ada dua sijil..iaitu 'Mechanical Engineering' dan juga 'Landscape Architecture'....ak tahu peluang kerja nanti tak perlu memilih sangat..ak percaya atas rezeki yang Allah bagi...

Selama 7 tahun ak menuntut ilmu...Diploma ( 3 tahun ) + Ijazah ( 4 tahun ) InsyaAllah ak akan habiskan....ak bersyukur..Allah masih memberi kekuatan ak untuk ak teruskan perjuangan ini...kini tinggal lagi semester untuk ak buktikan ak berjaya mencipta segulung ijazah di menara gading...
InsyaAllah, akan ak terus perjuangan ini dengan rahmat dan mafi'ratMU..
p/s: sekolah rendah 6 tahun + sekolah menengah 5 tahun = 11 tahun

jumlah 11+7= 18 tahun

Ya Allah Ya Tuhanku...
"Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahku...Tika langit dunia runtuh, moga Allah teguhkan aqidahku...Tika kesusahan melanda, moga Allah kuatkan hatiku...Tika hati dilanda gelisah, moga Allah curahkan ketenangan dalam diriku..Moga kasihNya ALLAH sentiasa bersamaku..."

-amin -

Define: Friend
Grab a Funny Picture from pYzam.com