BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 11, 2011

 joeFZR kembali...11.11.11
macam dh lame tak tulis kat blog...
al maklumlah sekarang sibuk ngn final year project...semester akhir...sibuk ngn design...thesis dan 2 subjek lain....sedar atau tak dah 4 tahun aku di Uitm...InsyaAllah ak akn menamatkan pengajian ini tidak lama lg..alhamdulillah ak smapai ke tahap..ini mungkin berkat dan doa kedua ibubapa...tahun 2011 tak lama lg akn berlalu pergi..ini bermakna juga umurku semakin meningkat..makin tua..hehe


Apa pun akn ak berikan yang terbaik sebelum ak melangkah meninggalkan menara gading ini....Ya Allah kuatkan hati hambamu ini bagi menempuh perjuangan suci ini...


akhir kalam...ak pohon maaf tak kira siapa yang mengenali diri ini..kot2 da silap dan salah selama perkenalan ini..yang buruk dan yang kurang itu dari dari kelemaahan diri yang hina ini....semoga Allah memberi mafirat kepada kita semua...amin

Saturday, September 17, 2011

Sunnah Orang Berjuang



Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid


Dipisah dia berkelkana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya


Berjuang tk pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga


Sudah sunnah
Berjuang ke jalan Allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih



Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga


http://www.youtube.com/watch?v=bTebP3WIw6c







P/S : Cabaran untuk semester Akhir bermula...Setelah hampir 4 tahun pengajian ak di UiTM..Kini ak berada di semester 8...Segala ILMU & PENGALAMAN yang ak pelajari akn ak pergunakan sebaik mungkin untuk semester ini...Final Project & Thesis akan ak lalui dengan hati yang terbuka...hehe..Doakan kejayaan ak dan rakan2 semester akhir AP228..UiTM Shah Alam...


~Man Ja'da Wa ja da~



Tuesday, September 6, 2011

Warna-Warni Aidilfitri & Majlis Perkahwinan 2011

 Makan beradat bersama pengantin
 Menjadi 'Jokako'
Fahmi vs Fahim 
 Pagi syawal bersama saudara mara
 Menziarahi pusara Mok Aji
 Menjadi jurukamera
 Pengapit ker..?
 Tuang air masuk gelas sendiri..haus
Selamat pengantin baru... 


Selamat Aidilfitri 2011 & Selamat Pengantin Bar

Thursday, August 25, 2011

Salam Lebaran...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI



 Salam kemaafan buat semua kenalan tak kira dimana korang berada...joeFZR menghulur sepuluh jari memohon ampun dan maaf jikalau ada terkasar, terlanjur, terguris, tersinggung...samada disedari mahupun tak disedari..
Semoga kalian semua berbahagia di hari yang mulia ini...Selamat menyambut Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin...
Semoga ukhuwah antara kita terus berkekalan..amin








Wednesday, August 17, 2011

Merdeka...Merdeka...Merdeka...


Dalam kita sibuk menyambut hari raya puasa...Tidak lupa kita yang tahun ini dalam sejarah di mana kita juga akan menyambut hari merdeka yang ke 54...Marilah kita melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi akan kesejahteraan dan keamanan negara MALAYSIA yang kita cintai ini...

Marilah sama-sama kita pertahankan keMERDEKAan tanah air kita walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang kita bakal tempuhi..Ayuh bangsaku...Bersatulah kita demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA...

Semoga MALAYSIA menjadi negara yang maju dan sentiasa mendapat Rahmat dan Kesejahteraan dari yang Maha Pencipta..amin

Lirik Lagu Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,


Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,


Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta


Friday, August 12, 2011

ALLAH AKBAR...



ALLAH Tuhanku
ISLAM agamaku
MUHAMMAD Nabi dan Rasulku
AL-Quran Pedomanku




Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.

“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.
“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian.
Sumber : Kenyataan Mufti Selangor

Tak ramai yang berani memperkatakan  isu ini...mana salahnya..padahal ini isu yang melibatkan kita sebagai orang ISLAM... Ini bukan isu politik tapi ini isu melibatkan akidah Umat ISLAM...kita sebagai Umat ISLAM WAJIB menentang al-kafirun Harbi ini...Kalu tidak makin ramai umat Islam Melayu Murtad...Allah AKBAR..adakah ini pertanda musuh-musuh Islam secara diam-diam hendak menjatuhkan Agama Islam..


Lemahnya Iman kita, lemahnya Akidah kita...jika kita tidak bersatu untuk menentang musuh-musuh al-kafirun ini...Kita Wajib pertahankan Agama ISLAM..Agama yang BENAR di sisi ALLAH S.W.T




Takbir...ALLAH AKBAR


lihat juga

Ucapan YB Zulkifli Nordin mengenai isu gereja dan murtad








Friday, August 5, 2011

Ramadhan 2011...1432 Hijrah


Puasa tahun nie sempat lk ak tolong sepupu ak kat bazar  ramadan...
Macam2 ada kat bazar..tp sepupu ak ngn isteri dia jual kuih popia goreng dan juga 'IKAN BAKAR'
Ak lh chef utamanya..ak 'bakor' sampai hangus...hahaha
*Ikan Talipia (merah & Hitam ), Ikan Pari, Ikan Bawal dan bayak lg...

Jom singgah Bazar Ramadhan Bukit Payong, Marang...Tapak Bazar Ramadhan buat kali pertama yang disediakan oleh FAMA...


"Selamat Berpuasa Penuh"

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H


TAWARAN HEBAT!

HANYA DI RAMADHAN AL-MUBARAK..!!

=>Bersama imam undangan : Para hafiz & qari jemputan dari seluruh negara..

=>Hadiah & Bonus Hebat Menanti Anda..

=>Tarikh : 1-30 Ramadhan

=>Masa : 24jam(siaran langsung)

=>Tempat : Seluruh pelusuk alam

=>Percuma : Keredaan Allah,keampunan Allah,balasan syurga,bonus 1000 bulan,tingkatkan taqwa,syaitan dibelenggu,doa dimakbul,malam lailatulqadar & banyak lagi!!

=>Kunjungilah masjid & surau yang disediakan ditempat anda..rebutlah peluang lumayan Allah SWT ini selagi stok UMUR masih ada!!

=>Untuk keterangan lanjut sila rujuk: Al-Quran,Hadis & Alim ulama' berhampiran anda..

=>Antara acara menarik : Puasa siang hari,bersahur,solat terawikh,zikrullah,tazkirah,sedekah jariah,Qiamullail,tadarus Al-Quran..ect..

=>Syarat2 Penyertaan : Warganegara muslim,mukmin sejati,ikhlas & jujur,solat fardhu xcuai..

=>Tawaran Sah Mulai 1 Ramadhan Hingga 30 Ramadhan sahaja...


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


p/s : Salam Ramadhan buat semua kawan, sahabat dan kenalan semua..ampun maaf dipintai jikaulau da silap salah..Semoga puasa kali ini memberi seribu pengertian dan mendapat keredaan Illahi..



Thursday, July 28, 2011

Halusi hukum MLM sebelum ghairah melabur


Isu Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai "Multi Level Marketing" (MLM) bukan perkara baru, malah ia diperdebatkan sejak sekian lama, terutama mengenai hukum halal-haramnya, apatah lagi apabila ramai yang terbabit dengan jenis perniagaan seperti ini kelihatan seperti orang yang arif tentang agama.

Tentulah atas sifat perniagaan ini yang menawarkan keuntungan berlipatkali ganda maka banyak pihak ghairan untuk melabur di dalamnya. Dari satu segi, semakin ramai umat Islam terbabit dengan perniagaan merupakan fenomena yang membanggakan, terutama dalam meningkatkan aktiviti ekonomi umat Islam.

Ya, masakan kita hanya menjadi pemerhati kepada kerancakan dunia bisnes sedangkan pihak lain menerjah mahu ke depan. Cuma, yang menjadi kemusykilan saya, apakah aktiviti MLM ini sudah dihalusi daripada segi syarak. Keuntungan memang menggiurkan tetapi bagaimana pula dengan pandangan Islam terhadapnya?

Dalam sekian banyak tulisan mengenai MLM ini saya cukup tertarik dengan pandangan seorang tokoh muda, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, yang disiarkan dalam detikdaily.net pada 25 Januari lalu. Mungkin pandangannya mencetuskan polemik tetapi saya rasa elok juga diperbincangkan isu MLM ini daripada pelbagai sudut pandangan, bagi memasakkan lagi pemahaman kita mengenai jualan langsung ini.

Untuk memulakan perbincangan elok jika saya rakamkan sebahagian pandangan Zaharuddin itu, moga kita mendapat manfaat daripadanya:

Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut:

1) Harga tinggi dari biasa:

Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar "Gabhnun Fahisyh" menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ˜Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369).

Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

2) Jualan target sebagai syarat komisyen:

Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai 'harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak.

Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ˜brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila:

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya.

Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi.

Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Sesetengahnya pula mensyaratkan 'broker' atau 'agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal 'broker' atau 'agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.

Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun).

Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya: "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk.

Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis: shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah.

Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah 'brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003).

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya

Friday, July 15, 2011

Kelebihan Nisfu Syaaban

15 Syaaban 1423H (bersamaan 16 Julai 2011) - Nisfu Syaaban


syaabandss.jpg

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. 
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)
bulan-bintang-(1).jpg

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

islamic1-1.jpg
 
Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam 

Thursday, June 23, 2011

Pembangunan Sukan Negeri TERENGGANU

TERENGGANU KITER SOHOR SOKMO
alhamdulillah...
Tahniah dan Syabas buat atlet-atlet Terengganu mengekalkan kejuaraan kali ketiga berturut-turut SUKMA XIV 2011 di Kuala Lumpur. Atlet-atlet menunjukkan kesungguhan dan semangat yang kental bagi mengharumkan nama negeri Terengganu Darul Iman
 Menteri Besar YAB Dato' Ahmad Said memberi semangat kepada kontinjen Terengganu

“Kita mengambil langkah awal dengan menyelaras dan memberi lebih fokus bagi melaksanakan program latihan yang lebih mantap menerusi dua fasa yang sudah digariskan".

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat
Penyerahan Bendera kontinjen Terengganu
wira dan wirawati Terengganu


Dengan kutipan 30 pingat emas,terengganu telah di nobatkan sebagai juara keseluruhan sukan sukma dengan menewaskan beberapa negeri lain termasuk selangor yang hanya mampu menduduki tempat kedua..sehubungan dengan itu,tiga tahun berturut-turut kontinjen negeri terengganu mengungguli takhta juara dalam sukan sukma ini..
Tahniah juga Pasukan Bola Sepak Terengganu...
Berjaya memenangi Piala FA 2011...


Perlawan akhir antara 2 gergasi pantai timur Terengganu dan Kelantan. Lebih 80 ribu penyokong kedua-dua pasukan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

 Permainan yang cukup menarik yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Pada separuh masa pertama terikat tanpa jaringan. Pada separuh masa kedua Kelantan mendahului dengan jaringan pada minit 79 oleh Nurul Azwan Roya. Pasukan Terengganu tidak mudah mengaku kalah..Berusaha ke saat akhir untuk mendapatkan jaringan penyamaan. Hasilnya pada minit ke 97 Terengganu berjaya mengikat Kelantan apabila Manaf Mamat berjaya merembat bola dan menewaskan Khairul Fahmi yang menangkap kemas bola itu sebelum daudsu menampan bola ke gol sendiri...
Gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh pemain gantian iaitu Ahmad Nordin Alia pada minit ke-109. Tahniah sekali lagi buat skuad Penyu..Peteh Ganu Peteh
Turtle Warrior the BEST...
 Semangat Turtle Warrior...
Nan Nan Ganu Kiter...All the best!


T'Ganu Nelang









Wednesday, May 25, 2011

Cara Nabi jaga kesihatan diri
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. 

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. 

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh 
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. 

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 

Aktif menjaga kebersihan 
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. 

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) 

Tidak pernah makan berlebihan 
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) 

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. 

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. 

Gemar berjalan kaki 
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. 

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi. 

Tidak pemarah 
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. 

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. 

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah 
di hati. 

Optimis dan tidak putus asa 
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t. 

Tidak pernah iri hati 
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.” 

Pemaaf 
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. 

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. 

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Sumber 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CaraNabijagakesihatandiri/Article/index_html

Define: Friend
Grab a Funny Picture from pYzam.com