BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 4, 2010

W.A.R.I.S.A.N

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di pentas dunia

Wednesday, March 10, 2010

Perkhemahan Hutan Bandar Johor Bahru..05-07 Mac 2010

Perkhemahan kelas 'Urban Forest' di Hutan Bandar JB

Sunday, February 7, 2010

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah...........



Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

 

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

 

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
 Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
 Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

 

Siapakah orang yang mempunyai akal?
 Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..













Friday, February 5, 2010

TriP StudiO part 5

Visual Quality Study..BentOng, Pahang Darul Makmur



Pada 2/2/2010 lawatan bagi studio semester ini ke Pekan, Bentong..Pahang..
Kami perlu mengkali sensitiviti kawasan tersebut samada 'High quality atau Low quality'
Dari Point VOP1 hingga VOP9...berakhir jam 1.00 pm..
Perjalanan pulang kami singgah di Hutan Lipur Lentang..Sempat berkelah dan mandi-manda sehingga tidak sedar jam 5.00 pm..Kami sungguh terhibur dan gembira dapat mengisi masa sehari suntuk di Bentong...

Monday, January 25, 2010

SEMESTER 5 SESI JANUARI 2010

T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B

Thursday, January 21, 2010

UCHEE DALAM KENANGAN..

AL-FATIHAH
BUAT
YUSRI BIN LAKAT

MEMORI INDAH BERSAMA KAU..SENTIASA SEGAR DALAM INGATAN

SEMOGA ENGKAU DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLEHIN...

KAU SAHABAT SEJATI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIN





Ya Allah Ya Tuhanku, daripada Mu kami datang dan kepadaMu jua kami Kembali...






Tuesday, January 19, 2010

AL-FATIHAH




Kau Sahabat Kau Teman






Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami


Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan


Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan


Kau sahabatku kau teman sejati






Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti


Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami


Memori indah kita bersama terus bersemadi


Kau sahabatku kau teman sejati






Sudah ditakdirkan kau pergi dulu


Di saat kau masih diperlukan


Tuhan lebih menyayangi dirimu


Ku pasrah diatas kehendak yang Esa






( korus )


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia


Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu


Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini


Walau ku tahu kau tiada di sisi






Perjuangan kita masih jauh beribu batu


Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan


Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau


Bagai semalam kau bersama kami






( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana


Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan


Moga di sana kau bersama para solehin


Ku sahabatku kau teman sejati

aL-FATIHAH
..buat
 Yusri B. Lakat @ Uchee
(1987-2010)
SemOga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para sOlihin..Amin
Kaulah Sahabat dunia dan akhirat..

Friday, January 8, 2010

10/01/10


Tarikh yang amat cantik 10.01.10....Genaplah umurku 24 tahun
Sedar tak sedar umurku semakin meningkat...pendek kata aku makin tua..
Ada orang kata umurku tak macam umurku sebenar..nampak muda 2-3 tahun lebih muda...Betul ke?haha
Entahlah, aku pun tak pasti..Awek muda kot..hehe
Aku dilahirkan pada tenggahari pada tarikh 10 Januari 1986 di Hospital Besar Kuala Terengganu ( skrg Hospital Nur Zahirah)...Agar berdoa agar Allah lanjutkan usiaku dan dimurahkan rezeki..serta mendapat ma'firat dan kerehdaan dari Illahi...Aku akan meneruskan kehidupan di Muka Bumi Allah ini sebagai seorang khalifah yang berIMAN, berILMU dan berAMAL soleh..InsyaAllah..
Aku amat bersyukur kerana berikan nikmat IMAN dan ISLAM..nyawa, akal, kesihatan yang baik..semua adalah kurniaan Illahi..
Harapanku...aku berjaya dan hidup didunia dan akhirat..mencapai cita-cita dan dipertemukan dengan cinta sejati..Aku harus lebih matang dalam mengharungi segala onak duri dan pahit manis dalam perjuanganku sebagai seorang pelajar..
akhirkalam..Kalau ada silap dan salah harap tegur dan minta maaf kalu ada terkasar bahasa samaada sengaja atau tak sengaja...





Happy Birthday to Me..

Define: Friend
Grab a Funny Picture from pYzam.com